Monday 30 April 2012

Coffee Bean bermisi

wajah-wajah suci di hening pagi tanpa sepalit pun mekap dior sedang breakfast nun di mont kiara demi sebuah perjuangan merembat handbag..jadi keja sungguh melanguk pepagi buta kat KL..namun misi tidak berjaya..padan muka
melahap sungguh menu ini.  besar sungguh empunya tembolok hehe..balasan terhadap kerahan tenaga di gym sebelumnya..cik ira bagi thumbs up untuk ni
mommies borek, dotters rintik..sama naik bergosip bff berdua ni..apa la yang kelakar sangat tu kitty oii
perempuan berdua ni memang dasar..depan cermin toilet pun menjadi..ni namanya pantang jumpa cermin

Wednesday 25 April 2012

Posing2 @ Tasik Perdana

Akhir tahun lepas, kami bertiga pergi outdoor photoshoot kat Taman Perdana, Kuala Lumpur. Pada mulanya, kami plan cuma untuk kaum-kaum ibu je...tapi memandangkan pakej photoshoot selama 2jam, jadi kami ajaklah anak-anak sekali. Kiranya family photoshoot.

 Cik Prada yang sponsor sesi bergedik bergambar ni (mekaseh)..memang best lah dan insyallah akan dijadikan acara tahunan..ye ke?? haha


Cik Tod dan Cik Dior belikan breakfast McD dan KFC. Kami semua terlalu excited nak bergambar sampai lupa nak makan....bila dah penat baru teringat makan.

Aktiviti gedik2 mengisi masa lapang dan sebagai kenang kenangan. Kot la kerepot2 besok ada jugak bahan nak tengok, gelak2 sesama..

Walaupun panas terik....kami bertiga bersama anak-anak tetap senyum....

Lepas penat pose...semua dah dahaga and cik tod busy dengan handphone baru dia.

Posing terakhir sebelum balik....hanna, kamila sudah penat. Tapi yasmin, harris dan aliyah masih lagi bersemangat nak bergambar. Mereka bertiga ini, bila dah nak balik baru galak nak posing. Tapi anak jantan Cik Tod (Arif).. tetap SAYA MALU....



Geylang Kopitiam @ TTDI Jaya

Setelah beberapa lama merancang nak lepak breakfast di kopitiam ni, end up berjaya sampai jugak.  Ye lah, patutnya bila dapat info pasal kopitiam ni terus lah serbu, tapi banyak pulak rintangan..

Sesampai je haruslah order Sup Tulang Ketuk sebagai hidangan wajib. Then followed by Sup Kacang Pol, Lempeng Pisang, Cucur Udang and American Breakfast..padahal baru keluar gym tu..order mengalahkan orang baru balik menoreh..haiyok!

sup tulang ketuk cicah roti
zoom sket..kasi leleh
sup kacang poll..yang ni jakun sket sebab first time rasa..tapi cik mai cakap kat plaza damas better
salah sorang peserta (gambar terpaksa dikelabukan kerana tak nak mengaku makan banyak huahaha)


Tapi sebab makan punya makan punya makan, sampai lupa snap gambar menu yang lazat2 tu..so tengok je lah yang hado ni je..dah tak menyempat sebab semuanya tunggu membedal je..hehe

Thursday 5 April 2012

cuci poket

pose suci baru sampai kedai


Wanita memang sinomim dengan beg tangan sama ada cap ayam hinggalah ke cap xxxxxxxx....begitu juga dengan kami bertiga tidak lepas dari kegilaan itu....hahahhahah.... Boleh dikatakan setiap hari kami akan bercakap pasal beg, beg, beg...

Betul tu cik ira (cik ira yg berceloteh kat atas tu). Perempuan mana la yang tak suka hanbag tak? Its a must item in our life. Tak kira la cap apa pun. Ikut kemampuan dan kebahagiaan memasing.

Gambar ni masa kami pegi ke opening butik reebonz kat bangsar. Saja jadikan kenangan 'si penggila hanbag'. Memenuhi nafsu mata. Nak beli tu..ehem..almaklumlah kan..kami biarkan cik ira terjun bersama hanbag cap P pujaannya..kami jadi pompom girl udah le!

hah tu dia dah bertanduk
kau ada?? motif sangat kennn
lokasi posing dirahsiakan demi keselamatan  huahahahaa
pose si paku geylang ..nak tunggu lif ..cik ira dah senyum sampai telinga :))))
 

Copyright © Sukasukey 2012 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.