Showing posts with label makan makan. Show all posts
Showing posts with label makan makan. Show all posts

Tuesday, 3 July 2012

breakfast @ paradigm mall

pagi pagi tadi dah serbu PARADIGM MALL, nak melantak sebab lapar giler dah..time workout pun dah terbayang2 sandwich menari2 depan mata..sampai coffee bean, memang tengah kosong je, takde orang pagi2 buta ni, suka sukey la cari port cosy kan..

 tengok menu rasa nak lahap je semuanya..lapar, lapar

egg club sandwich..yang ni memang sedap lah


egg and salmon sandwich

scones kat WHISK OUTPOST lagi sedap kot

salmon scramble

senyum dik..you are on candid camera!


coffee come along dalam breakfast set tapi sebagai peminum coffee tegar, memang hancuss la sebab cair habis
 

burppp..alhamdulillah ..yeayy kenyang dah..jom discover mall pulak geng!

Brisk Walk @ Tasik TTDI


semalam planned nak hiking berjemaah kat bukit ttdi..mengimbau zaman muda mudi dulukala..hah tgk tu ciklin bersungguh tu, nampak? hehe ..alih2 bukit tu dah takde.  seb baik cikmai buat back-up plan, terus tuju tasik ttdi..best jugak..cuma tak puas sebab seround je brisk walk..tapi mengah jugak la..hehe

balik je terus hala ke ARTISAN COFFEE kat ttdi tapi frust..so not our taste..masuk kedai-tinjau2-keluar balik..naik keta terus drive to OU, cari WHISK OUTPOST sebab dah lama aim..

Cuppa latte is the life saver sebab bila order coffee selalu dapat yang pahit la..too strong la..macam2..selain tu we order RV cupcake, scones and tuna sandwich..sandwich dia sedappp, i tell u..crunchy

Saturday, 30 June 2012

breakfast@geylang

visit kali ni berempat sebab cikta selalu kena tinggal..hehe kesian cikta..
dah makan kenyang2 , nak balik je, mulalah idea merewang nak pose gedix..
lately demam terbaru the babes ialah fitflop
macam2 betul idea kreatif datang bab nak perabis duit..hahaha



hah, kotak misteri pulak dah..
tetiba je ciklin dapat hadiah kann (sila dengki)
alhamdulillah rezeki
apa yang ada dalam tu eh?? cepat teka!

nak tau, sila ikuti cerita2 akan datang..haha
sila bertenang dan tarik nafas panjang2




Monday, 30 April 2012

Coffee Bean bermisi

wajah-wajah suci di hening pagi tanpa sepalit pun mekap dior sedang breakfast nun di mont kiara demi sebuah perjuangan merembat handbag..jadi keja sungguh melanguk pepagi buta kat KL..namun misi tidak berjaya..padan muka
melahap sungguh menu ini.  besar sungguh empunya tembolok hehe..balasan terhadap kerahan tenaga di gym sebelumnya..cik ira bagi thumbs up untuk ni
mommies borek, dotters rintik..sama naik bergosip bff berdua ni..apa la yang kelakar sangat tu kitty oii
perempuan berdua ni memang dasar..depan cermin toilet pun menjadi..ni namanya pantang jumpa cermin

Wednesday, 25 April 2012

Geylang Kopitiam @ TTDI Jaya

Setelah beberapa lama merancang nak lepak breakfast di kopitiam ni, end up berjaya sampai jugak.  Ye lah, patutnya bila dapat info pasal kopitiam ni terus lah serbu, tapi banyak pulak rintangan..

Sesampai je haruslah order Sup Tulang Ketuk sebagai hidangan wajib. Then followed by Sup Kacang Pol, Lempeng Pisang, Cucur Udang and American Breakfast..padahal baru keluar gym tu..order mengalahkan orang baru balik menoreh..haiyok!

sup tulang ketuk cicah roti
zoom sket..kasi leleh
sup kacang poll..yang ni jakun sket sebab first time rasa..tapi cik mai cakap kat plaza damas better
salah sorang peserta (gambar terpaksa dikelabukan kerana tak nak mengaku makan banyak huahaha)


Tapi sebab makan punya makan punya makan, sampai lupa snap gambar menu yang lazat2 tu..so tengok je lah yang hado ni je..dah tak menyempat sebab semuanya tunggu membedal je..hehe
 

Copyright © Sukasukey 2012 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.