Saturday, 30 June 2012

breakfast@geylang

visit kali ni berempat sebab cikta selalu kena tinggal..hehe kesian cikta..
dah makan kenyang2 , nak balik je, mulalah idea merewang nak pose gedix..
lately demam terbaru the babes ialah fitflop
macam2 betul idea kreatif datang bab nak perabis duit..hahaha



hah, kotak misteri pulak dah..
tetiba je ciklin dapat hadiah kann (sila dengki)
alhamdulillah rezeki
apa yang ada dalam tu eh?? cepat teka!

nak tau, sila ikuti cerita2 akan datang..haha
sila bertenang dan tarik nafas panjang2




Saturday, 23 June 2012

Round2 KLCC


Sampai je KLCC pepagi buta dengan misi nak jejak butik MIUMIU-PRADA-GUCCI-LV..gah sangat ok!

 Bukak mata besar besar..zoom kat LV Welshire cikmai tu..hah, koleksi terbaru kelab, ok

 New Gucci Perfume..'perisa' Gardenia-Tuberose-Magnolia-Violet-Mandarin
ciklin suka magnolia..cik ira suka gardenia..cikmai??

 Hari ciklin malu nak hadap camera..*malu tak bertempat*

 cikmai pilih tuberose!! dah dapat tapi senyum dalam keterpaksaan sebab dalam hati idam signorina by ferragamo..sekali terjebak dengan budak ell yang pandai memujuk..cikmai cair..

oh, nak selit jugak cerita brunch kat DOME..ciklin and cikmai order latte..tapi cik ira nak macchiato..konon nak sama macam fav coffee kat STARBUCK..sekali..nak minum seteguk pun tak lalu sebab pahit!!! eewww


Tuesday, 8 May 2012

Make up Class


Kali ini hanya Cik Dior dan Cik Prada je buat aktiviti bersama. Cik Tod tak dapat join sebab masalah yang tidak dapat elakkan. Memang sudah lama kami merancang untuk belajar make-up ni...sebenarnya bukan untuk jadi profesional pun...hanya untuk suka-sukey je....dan yang penting sekali untuk tatapan suami tersayang. Bak kata oran tua-tua dulu, bila suami penat balik dari kerja, tak ada lagi bau budu, belacan kat isteri bila isteri sambut.... Inilah caranya untuk memikat suami untuk dapatkan sesuatu yang diidamkan ...........(tahu sama tahu)

Sebenarnya, Cik Dior yang belikan voucher make-up class ini dalam Group On. Hanya RM50 seorang je. Sangat murah. Jadi kami apa lagi tanpa fikir panjang terus beli je.

Mula-mula kami diajar DIY facial. Carrin "sifu" kami seorang yang sangat cute dan baik. Walaupun mula-mula disambut agak 'warm'. Macam cikgu disiplin je, bila suruh kami tinggalkan kasut dalam rak kasut and tinggalkan beg dalam locker.

Carrine mengajar kami cara dan teknik yang betul untuk melakukan facial. Dengan cara yang betul akan melambatkankan proses penuaan dan akan menjadikan kult bertambah sihat. Jika teknik yang salah, menyebabkan kulit akan kehilangan keanjalan dan molekul-molekul dari skincare tidak dapat menebusi kulit dengan sempurna.


Step by Step DIY Facial





















 Sunscreen (also commonly known as sunblock, sun tan lotion, sun screen, sun cream or block out)[1] is a lotion, spray, gel or other topical product that absorbs or reflects some of the sun's ultraviolet (UV) radiation on the skin exposed to sunlight and thus helps protect against sunburn. Skin-lightening products have sunscreen to protect lightened skin because light skin is more susceptible to sun damage than darker skin. A number of sunscreens have tanning powder to help the skin to darken or tan, however tanning powder does not provide protection from UV rays.

Carrine kata, SPF 30 adalah cukup memadai kerana jika lebih daripada itu, akan menyebabkan pori-pori akan tersumbat. 






 Bulu kening diibaratkan rias wajah setiap insan baik lelaki mahupun wanita. Namun, wanita lebih tertumpu untuk memiliki bulu kening yang kelihatan cantik dan natural.

Gambar sebelah adalah teknik untuk membentuk bulu kening.

Monday, 30 April 2012

Coffee Bean bermisi

wajah-wajah suci di hening pagi tanpa sepalit pun mekap dior sedang breakfast nun di mont kiara demi sebuah perjuangan merembat handbag..jadi keja sungguh melanguk pepagi buta kat KL..namun misi tidak berjaya..padan muka
melahap sungguh menu ini.  besar sungguh empunya tembolok hehe..balasan terhadap kerahan tenaga di gym sebelumnya..cik ira bagi thumbs up untuk ni
mommies borek, dotters rintik..sama naik bergosip bff berdua ni..apa la yang kelakar sangat tu kitty oii
perempuan berdua ni memang dasar..depan cermin toilet pun menjadi..ni namanya pantang jumpa cermin

Wednesday, 25 April 2012

Posing2 @ Tasik Perdana

Akhir tahun lepas, kami bertiga pergi outdoor photoshoot kat Taman Perdana, Kuala Lumpur. Pada mulanya, kami plan cuma untuk kaum-kaum ibu je...tapi memandangkan pakej photoshoot selama 2jam, jadi kami ajaklah anak-anak sekali. Kiranya family photoshoot.

 Cik Prada yang sponsor sesi bergedik bergambar ni (mekaseh)..memang best lah dan insyallah akan dijadikan acara tahunan..ye ke?? haha


Cik Tod dan Cik Dior belikan breakfast McD dan KFC. Kami semua terlalu excited nak bergambar sampai lupa nak makan....bila dah penat baru teringat makan.

Aktiviti gedik2 mengisi masa lapang dan sebagai kenang kenangan. Kot la kerepot2 besok ada jugak bahan nak tengok, gelak2 sesama..

Walaupun panas terik....kami bertiga bersama anak-anak tetap senyum....

Lepas penat pose...semua dah dahaga and cik tod busy dengan handphone baru dia.

Posing terakhir sebelum balik....hanna, kamila sudah penat. Tapi yasmin, harris dan aliyah masih lagi bersemangat nak bergambar. Mereka bertiga ini, bila dah nak balik baru galak nak posing. Tapi anak jantan Cik Tod (Arif).. tetap SAYA MALU....



Geylang Kopitiam @ TTDI Jaya

Setelah beberapa lama merancang nak lepak breakfast di kopitiam ni, end up berjaya sampai jugak.  Ye lah, patutnya bila dapat info pasal kopitiam ni terus lah serbu, tapi banyak pulak rintangan..

Sesampai je haruslah order Sup Tulang Ketuk sebagai hidangan wajib. Then followed by Sup Kacang Pol, Lempeng Pisang, Cucur Udang and American Breakfast..padahal baru keluar gym tu..order mengalahkan orang baru balik menoreh..haiyok!

sup tulang ketuk cicah roti
zoom sket..kasi leleh
sup kacang poll..yang ni jakun sket sebab first time rasa..tapi cik mai cakap kat plaza damas better
salah sorang peserta (gambar terpaksa dikelabukan kerana tak nak mengaku makan banyak huahaha)


Tapi sebab makan punya makan punya makan, sampai lupa snap gambar menu yang lazat2 tu..so tengok je lah yang hado ni je..dah tak menyempat sebab semuanya tunggu membedal je..hehe

Thursday, 5 April 2012

cuci poket

pose suci baru sampai kedai


Wanita memang sinomim dengan beg tangan sama ada cap ayam hinggalah ke cap xxxxxxxx....begitu juga dengan kami bertiga tidak lepas dari kegilaan itu....hahahhahah.... Boleh dikatakan setiap hari kami akan bercakap pasal beg, beg, beg...

Betul tu cik ira (cik ira yg berceloteh kat atas tu). Perempuan mana la yang tak suka hanbag tak? Its a must item in our life. Tak kira la cap apa pun. Ikut kemampuan dan kebahagiaan memasing.

Gambar ni masa kami pegi ke opening butik reebonz kat bangsar. Saja jadikan kenangan 'si penggila hanbag'. Memenuhi nafsu mata. Nak beli tu..ehem..almaklumlah kan..kami biarkan cik ira terjun bersama hanbag cap P pujaannya..kami jadi pompom girl udah le!

hah tu dia dah bertanduk
kau ada?? motif sangat kennn
lokasi posing dirahsiakan demi keselamatan  huahahahaa
pose si paku geylang ..nak tunggu lif ..cik ira dah senyum sampai telinga :))))
 

Copyright © Sukasukey 2012 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.